Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, 13 September 2011

Desiran Angin Pilu

Lambaian terakhir amat memilukan
Menusuk hati menikam kalbu
Kau lepaskan genggaman erat
Kau kuburkan kasih sayangmu
Hanya sebentar cuma
Aku dapat menikmati
Kemanisan cintamu
Kebahagiaan bersamamu
Kenapa kau tega memberiku harapan palsu
Setelah aku mula menyayangimu
Setelah rinduku memuncak
Hatiku kau lukai
Kini kau melangkah pergi
Bersama desiran angin pilu
Pergi tak kembali lagi
Pemergianmu tiada pengganti
Kehilanganmu tiada kutemui
Tinggalkan aku debu-debu sepi
Yang terus merantai
Ku ditinggalkan teronta-ronta
Seperti patung bernyawa
Tidak bermaya

Terkilan

Sungguh tak ku sangka
Ketika baru berputik cinta ini
Kini telah mulai layu
Ketika embun kasih baru membasahi
Kini kering diserap mentari
Kenapa harus begini akhirnya
Kau yang menghulurkan tangan
Kini kau jua yang menariknya kembali
Hatiku  yang sudah hancur
Bertambah remuk
Jiwaku yang kosong
Semakin kontang
Ku tangisi nasib diri
Ku ratapi suratan takdir
Kuntuman kasih terkulai layu
Jatuh berderai sederas airmataku
Kenapa harus begini akhirnya
Duhai arjunaku
Aku benar-benar terkilan
Bahagia yang ku harapkan
Tidak kesampaian
Akan ku kembangkan sayapku
Terbang jauh darimu
Tiada lagi menjadi racun hidupmu
Biarlah aku melangkah pergi
Merawat luka di hati
Tanpa teman
Tanpa kekasih
Tanpamu arjunaku

Thursday, 8 September 2011

Abadi

Sesungguhnya hati ini merintih
Mencari pepohon kasih
Yang tak mungkin kutemui
Sesungguhnya jiwa ini meratap hiba
menangisi kekosongan
Yang tak pernah terisi.

Seandainya dunia ini berputar
Kembali ke masa-masa silam
Akan ku bina impian suci
Akan ku semai cinta abadi
Akan ku pupuk sepenuh hati
Ku letakkan dikau di tasik hati
Ku belai hingga akhir nanti
Tiada pengganti
Selamanya kekal abadi

Karina

Rina termenung melayan perasaannya sendirian. Begitulah keadaan Rina setiap hari. Rina selalu keseorangan. Anak-anaknya sudah dewasa. Sudah ada keluarga dan tanggungjawap sendiri. Hanya anaknya yang bongsu yang kadang-kadang menemaninya. Itupun bila Aiman cuti semester. Bila Aiman kembali ke kampus tinggallah Rina sendirian bertemankan Si Comel kucing kesayangannya. Sauami Rina tidak pernah lekat di rumah apatah lagi menemaninya. Namun Rina sudah pasrah dengan hidup begitu.
              Di dalam kesunyian itu Rina kembali mengimbau sejarah pahit manis asam garam hidupnya dulu. Sewaktu usianya masih mentah Rina dilamar oleh Zaki. Rina masih muda untuk menolak cinta Zaki. Pertunangannya dengan Zaki dijalankan sebelum Rina bertolak ke Universiti. Rina gadis kampung yang manja dan pendiam berjaya menarik perhatian ramai peminat semasa di Universiti. Namun hati Rina tertutup tetap setia pada tunangannya di kampung. Ternyata dalam diam tunangannya bermain kayu tiga di belakangnya. Bila tembelang Zaki pecah pertunangan hampir terputus. Tapi mungkin jodoh mereka masih ada, perkahwinan diteruskan jua. Rina rasa amat bahagia sekali. Namun adat dunia. Panas tidak sampai ke petang. Rumah tangga Rina dilanda badai sebab Zaki ternyata lelaki hidung belang. Tak pernah setia. Munkin kerana kekacakannya Zaki mengambil kesempatan untuk bermain kayu tiga. Bukan sekali malah berkali-kali. Bertukar silih berganti. Hati Rina remuk. Malahan kekasih Zaki yang keempat memberitahu Rina bahawa Zaki pernah mengajaknya berkahwin. Kali ini Rina sendiri yang 'menangkap' dan menghidu kecurangan Zaki bila terbaca sms Zajki kepada buah hatinya. Sms yang begitu mengasyikkan. Rina hairan bila kekasih Zaki memberitahu bahawa dia terpuikat kepada Zaki kerana Zaki seorang yang pandai mengambil hati, penyayang serta lembut tutur katanya. Sedangkansepanjang hayat perkahwinan Rina dan Zaki Rina sering dimaki hamun, dicaci dan diherdik. Malahan Rina sering ditumbuk dan dipukul hingga berdarah serta lebam-lebam. Pernah juga Rina diusir dari rumah berkali-kali. Sikap Zaki yang panas baran dan cemburu buta membuat hidup Rina seperti dalam neraka. Zaki juga mengabaikan tanggungjawapnya. Nafkah zahir tidak diberikan. Kalau beri pun hanya sebahagian kecil saja. Rina terpaksa menanggung segalanya.
           Tiba-tiba lamunan Rina terhenti bila dikejutkan oleh deringan telefon.Anak-anak serta cucu-cucu Rina akan pulang petang itu. Rina amat gembira sekali. Hati Rina dilonjak gembira. Malam itu Rina mengambil kesempatan untuk menggunakan laptop anaknya. Mata Rina terpaku pada sebaris ayat di dalam fbnya.
           " Ingat saya lagi tak ? Dulu kita satu kelas masa di............."
             Rina masih ingat pada Amran. Wajahnya tidak banyak berubah. Rina masih dapat mengenalinya. Amran kini sudah berjawatan tinggi sedangkan Rina masih lagi seorang guru sekolah rendah.Malu dan rendah diri rasanya Rina Selepas itu Rina dan Amran sering berhubungan bertanya khabar masing-masing.Secara tidak sengaja Amran membuka rahsia silam kenangan sewaktu Rina dan Amran di bangku sekolah. Rupanya Amran menyimpan perasaan terhadap Rina sedangkan Rina tidak menyedarinya. Pandai Amran menyembunyikan perasaan cintanya. Pandai Amran menyimpan rahsia itu. Amran sememangnya seorang yang amat baik hati, lembut, penyayang dan halus tutur katanya sedari dulu lagi. Amran tidak pernah menyakiti Rina jauh sekali mengambil kesempatan. Sekurang-kurangnya kehadiran Amran dapat menghiburkan hati Rina. Dapat menceriakannya. Ini membuat hati Rina dibuai rindu. Rindukan Amran di seberang laut.Entah bila dapat bertemu muka. Seandainya Amran mencurahkan isi hatinya pada Rina semasa dulu mungkin kini Rina bahagia bersama Amran. Mungkin jodoh Rina bukan dengan Amran.Walaupun Amran singgah hanya seketika namun cukuplah Rina dapat merasa seteguk kasih darinya. memadailah Rina cuma menumpang di sudut kecil hati Amran.Rina tidak berkecil hati. Rina sudah biasa disakiti dan dilukai. Walaupun sedikit terkilan namun Rina redha.
          Perjalanan hidup Rina belum lagi berakhir.Rina perlu memikirkan kebahgiaan dirinya. Mampukah Rina menahan derita bersama suaminya yang tak pernah menghargainya, tak pernah mencintainya, yang melayan Rina dengan kasar. Rina perlukan belaian lelaki yang penyayang, yang memahaminya, yang memanjakannya serta penyabar. Rina perlu lelaki yang lembut tutur katanya bukan herdikan. Hati Rina sering disakiti. Airmata Rina tak pernah kering. Setiap kali Rina dikasari diherdik, Rina menangis sendiri. Rina tiada tempat mengadu. Tak berayah. Tak beribu. Tak punya kekasih Rina sebak dan sayu. Sampai bila Rina harus bersabar dan bertahan. Adakah begitu ketentuan hidup Rina hingga hujung nyawa. Hanya Tuhan yang tahu.............
         Jiwa Rina kembali kosong. Kesepian menghantuinya. Kepulangan Aiman ke Universiti menambahkan sunyi di hati Rina.Kini.Rina tiada lagi teman berbual. Tiada lagi teman untuk diajak bersiar-siar. Amran juga semakin dingin. semakin menjauhi Rina. Hati Rina bertambah sayu. Rina terpukul dengan kebisuan Amran. Mungkin cinta Amran tidak setulus kasih Rina. Kenapa Rina harus menanggung ini semua. Dulu kesepian Rina terisi juga dengan gurauan Amran. Tapi kini....... Kadang-kadang Rina berputus asa. Alangkah baiknya jika Rina sudah tiada di dunia ini. Tak perlulah lagi Rina menanggung Segala penderitaan dan kekeciwaan. Bahagia yang Rina harap tak kunjung tiba. Zaki mengabaikannya. Amran juga tidak mempedulikannya lagi. Kekeciwaan di hati Rina kian mencengkam dirinya.Rina lemas.Biarlah Rina sedih. Biarlah Rina sepi. Biarlah Rina sendiri. Biarlah Rina keciwa. Asalkan semua bahagia. Asalkan Amran bahagia dengan hidupnya.
          Rina akui amat mengagumi dan menyayangi Amran sepenuh hatinya. Walaupun Amran tidak menyintainya, namun Rina akan terus menyimpan perasaan cintanya terhadap Amran hingga ke akhirnya. Rina mengeluh sendiri.  " Di manakah bahagia. Kenapa bahagia menjauhinya?"  Semakin didekati semakin bahagia lari dari hidupnya. Inikah penghujung takdirnya? Rina sudah merelakannya. Rina akan terus mengabdikan diri padaNya. Moga Rina akan diberi ketenangan serta  kebahagiaan di alam sana. Selamat tinggal dunia. Selamat tinggal semuanya.
Tamat

Wednesday, 7 September 2011

My Dream

If only I can be with you
If only you are here with me
Holding me tightly
Care for me
Shower me with love
My heart will leap with joy
With wide sweet smile
I'm longing for your love
I'm longing for your tenderness
Feel proud to have me
But... It's only in my dream
It will never happen
Will never come true
To love and be loved is only in my dream

Time

I'm hoping that the time will come
I can feel your arms around me
I can feel your hands holding me tightly
I can feel your breath
I can put my head on your shoulder
Crying bitterly on your broad shoulder
Your hands patting me gently
Your eyes looking down at me lovingly
How I wish it's 37 years ago
We can walk side by side
Holding hands proudly
I will be the princess of your heart
When will the time come
All my dreams come true
In a week time....
In a month......
In a year or decades
I have the feeling the time will never come
I have the feeling you will never be by my side
You will never be mine
Nor I'm yours
I'm still waiting and hoping
But all my hopes have gone
Gone with the wind
Deep down in my heart
I'm still hoping for that time to come
I'll be yours and you'll be mine
forever and ever
Till the end of our day

Monday, 5 September 2011

Permata Hatiku

Dikaulah pelita hatiku
Menyinari hidupku setiap waktu
Tanpamu daku tenggelam
Tanpamu daku hanyut
Hidupku kosong tidak bermaya
Dikaulah penyeri hidupku
Nyawaku.....
Hilangmu daku tewas
Hilangmu daku lemas
Semoga dikau sentiasa di sisiku selalu
Memberiku semangat untuk hidup
Dikaulah permata hatiku..
Duhai anak-anakku
Duhai menantu-menantuku
Duhai cucu-cucuku tersayang

Sekadar Harapan

Harapan setinggi gunung
Mengharap kasih menagih sayang
Sekadar ingin meginap
Di sudut kecil hatimu
Ada tiada ku tidak memberi kesan
Tiada berbekas

Berbekallkan khudrat tua
Aku akan meneruskan saki baki hidupku
Tanpa kasih
Tanpa sayang
Tanpa cinta abadi
Tanpa seorang kekasih
Impianku untuk bahagia
Hanya sekadar harapan

Perjalanan Hidupku

Perjalanan hidupku
Penuh onar dan duri
Penuh debu-debu kepiluan
Ketenangan..... Kedamaian... Kebahgiaan yang kudambakan
Belum kutemui jua

Ku mengharapkan seteguk kasih
Ku mengharapkan secubit sayang
Namun segunung derita yang ku temui
Awan mendung menyelubungi hidupku

Bilakah pelangi indah akan menjelma
Menyinari hidupku yang kian pudar
Pelangi indah di sebalik awan mendung
Ditelan kepekatan malam
Tiada sinar bahagia
Aku pasrah
Aku redha
Dengan ketentuan Illahi...

Gadis Kecil

Gadis kecil ini
Berlari-lari mencari damai
Jari jemari halus menggapai awan
Mencari kebahagiaan

Gadis kecil ini
Cuba membina istana impian
Cuba berpaut d i dahan nan rapuh
Namun....
Badai datang melanda
Istana impian hancur lebur
Dahan rapuh tempat berpaut terkulai
Sedang enak dibuai rasa
Perpisahan melanda
Mengapa hanya sementara hangatnya cinta kita

Gadis kecil ini
Akan terus melangkah
Mengharungi jua
Setiap gelombang dan badai
Meneruskan sisa-sisa hidup
Yang tinggal hanya sejengkal cuma.

Mencari Sinar

Ku menghitung perjalanan ini
Yang semakin sempit berliku-liku
Lampu hatiku semakin pudar
Ibarat kapal tiada berkemudi
Hanyut tak berhaluan
Badai melanda tak kuduga
Bergelombang bergelora
Hatiku kian diragut sepi
Kasih kian terhakis
 Cinta kian terhapus
Kini ...
Ku mencari sinar pelangi
Agar dapat menyinari
Mengisi kekosongan di hati

Namun...
Pelangi yang ku nanti
Masih tiada di sisi
Bilakah akan kembali
Membawa cahaya di hati sepi

Kenangan Mengusik Jiwa

Di keheningan pagi
Terimbau kenangan silam
Di waktu usia kita
Meniti awal remaja
Kau labuhkan tirai
Kau pendam sejuta impian suci
Kau kunci hatimu serapat mungkin
Kini kau kembali mendabik dada
Menghulurkan tanganmu penuh ikhlas
Kusambut tanganmu penuh mesra
Terungkai kini tirai halangan
Terjalin ikatan suci abadi antara kita
Aku diulit mimpi indah
Moga mimpiku bukan lagi mimpi
Aku tenggelam di lubuk kasih
Moga kekal harum mewangi
Ibarat rambut tersimpul mati
Namun....
Hangat cuma sesuam kuku
Panas hanya separuh hari
Bahagia hanya seketika cuma

Rintihanku

Di kejauhan ini
Terpisah lautan sepi
Daku tersepuk sendiri
Menahan rindu sebak di hati
Menanti saat kau kembali
Menanti terus menanti
Penantian yang menyiksakan
Sesekali hatiku terdetik
Wujudkah daku di hatimu
Hanya sekadar menumpang kasih
Badai rindu terus melanda
Aku tewas menepis duka
Berjurai titisan airmata
Di sebalik senyuman terukir
Terselindung sejuta rahsia
Betapa hatiku menanggung derita
Menanti kekasih tak kunjung tiba