Rina termenung melayan perasaannya sendirian. Begitulah keadaan Rina setiap hari. Rina selalu keseorangan. Anak-anaknya sudah dewasa. Sudah ada keluarga dan tanggungjawap sendiri. Hanya anaknya yang bongsu yang kadang-kadang menemaninya. Itupun bila Aiman cuti semester. Bila Aiman kembali ke kampus tinggallah Rina sendirian bertemankan Si Comel kucing kesayangannya. Sauami Rina tidak pernah lekat di rumah apatah lagi menemaninya. Namun Rina sudah pasrah dengan hidup begitu.
Di dalam kesunyian itu Rina kembali mengimbau sejarah pahit manis asam garam hidupnya dulu. Sewaktu usianya masih mentah Rina dilamar oleh Zaki. Rina masih muda untuk menolak cinta Zaki. Pertunangannya dengan Zaki dijalankan sebelum Rina bertolak ke Universiti. Rina gadis kampung yang manja dan pendiam berjaya menarik perhatian ramai peminat semasa di Universiti. Namun hati Rina tertutup tetap setia pada tunangannya di kampung. Ternyata dalam diam tunangannya bermain kayu tiga di belakangnya. Bila tembelang Zaki pecah pertunangan hampir terputus. Tapi mungkin jodoh mereka masih ada, perkahwinan diteruskan jua. Rina rasa amat bahagia sekali. Namun adat dunia. Panas tidak sampai ke petang. Rumah tangga Rina dilanda badai sebab Zaki ternyata lelaki hidung belang. Tak pernah setia. Munkin kerana kekacakannya Zaki mengambil kesempatan untuk bermain kayu tiga. Bukan sekali malah berkali-kali. Bertukar silih berganti. Hati Rina remuk. Malahan kekasih Zaki yang keempat memberitahu Rina bahawa Zaki pernah mengajaknya berkahwin. Kali ini Rina sendiri yang 'menangkap' dan menghidu kecurangan Zaki bila terbaca sms Zajki kepada buah hatinya. Sms yang begitu mengasyikkan. Rina hairan bila kekasih Zaki memberitahu bahawa dia terpuikat kepada Zaki kerana Zaki seorang yang pandai mengambil hati, penyayang serta lembut tutur katanya. Sedangkansepanjang hayat perkahwinan Rina dan Zaki Rina sering dimaki hamun, dicaci dan diherdik. Malahan Rina sering ditumbuk dan dipukul hingga berdarah serta lebam-lebam. Pernah juga Rina diusir dari rumah berkali-kali. Sikap Zaki yang panas baran dan cemburu buta membuat hidup Rina seperti dalam neraka. Zaki juga mengabaikan tanggungjawapnya. Nafkah zahir tidak diberikan. Kalau beri pun hanya sebahagian kecil saja. Rina terpaksa menanggung segalanya.
Tiba-tiba lamunan Rina terhenti bila dikejutkan oleh deringan telefon.Anak-anak serta cucu-cucu Rina akan pulang petang itu. Rina amat gembira sekali. Hati Rina dilonjak gembira. Malam itu Rina mengambil kesempatan untuk menggunakan laptop anaknya. Mata Rina terpaku pada sebaris ayat di dalam fbnya.
" Ingat saya lagi tak ? Dulu kita satu kelas masa di............."
Rina masih ingat pada Amran. Wajahnya tidak banyak berubah. Rina masih dapat mengenalinya. Amran kini sudah berjawatan tinggi sedangkan Rina masih lagi seorang guru sekolah rendah.Malu dan rendah diri rasanya Rina Selepas itu Rina dan Amran sering berhubungan bertanya khabar masing-masing.Secara tidak sengaja Amran membuka rahsia silam kenangan sewaktu Rina dan Amran di bangku sekolah. Rupanya Amran menyimpan perasaan terhadap Rina sedangkan Rina tidak menyedarinya. Pandai Amran menyembunyikan perasaan cintanya. Pandai Amran menyimpan rahsia itu. Amran sememangnya seorang yang amat baik hati, lembut, penyayang dan halus tutur katanya sedari dulu lagi. Amran tidak pernah menyakiti Rina jauh sekali mengambil kesempatan. Sekurang-kurangnya kehadiran Amran dapat menghiburkan hati Rina. Dapat menceriakannya. Ini membuat hati Rina dibuai rindu. Rindukan Amran di seberang laut.Entah bila dapat bertemu muka. Seandainya Amran mencurahkan isi hatinya pada Rina semasa dulu mungkin kini Rina bahagia bersama Amran. Mungkin jodoh Rina bukan dengan Amran.Walaupun Amran singgah hanya seketika namun cukuplah Rina dapat merasa seteguk kasih darinya. memadailah Rina cuma menumpang di sudut kecil hati Amran.Rina tidak berkecil hati. Rina sudah biasa disakiti dan dilukai. Walaupun sedikit terkilan namun Rina redha.
Perjalanan hidup Rina belum lagi berakhir.Rina perlu memikirkan kebahgiaan dirinya. Mampukah Rina menahan derita bersama suaminya yang tak pernah menghargainya, tak pernah mencintainya, yang melayan Rina dengan kasar. Rina perlukan belaian lelaki yang penyayang, yang memahaminya, yang memanjakannya serta penyabar. Rina perlu lelaki yang lembut tutur katanya bukan herdikan. Hati Rina sering disakiti. Airmata Rina tak pernah kering. Setiap kali Rina dikasari diherdik, Rina menangis sendiri. Rina tiada tempat mengadu. Tak berayah. Tak beribu. Tak punya kekasih Rina sebak dan sayu. Sampai bila Rina harus bersabar dan bertahan. Adakah begitu ketentuan hidup Rina hingga hujung nyawa. Hanya Tuhan yang tahu.............
Jiwa Rina kembali kosong. Kesepian menghantuinya. Kepulangan Aiman ke Universiti menambahkan sunyi di hati Rina.Kini.Rina tiada lagi teman berbual. Tiada lagi teman untuk diajak bersiar-siar. Amran juga semakin dingin. semakin menjauhi Rina. Hati Rina bertambah sayu. Rina terpukul dengan kebisuan Amran. Mungkin cinta Amran tidak setulus kasih Rina. Kenapa Rina harus menanggung ini semua. Dulu kesepian Rina terisi juga dengan gurauan Amran. Tapi kini....... Kadang-kadang Rina berputus asa. Alangkah baiknya jika Rina sudah tiada di dunia ini. Tak perlulah lagi Rina menanggung Segala penderitaan dan kekeciwaan. Bahagia yang Rina harap tak kunjung tiba. Zaki mengabaikannya. Amran juga tidak mempedulikannya lagi. Kekeciwaan di hati Rina kian mencengkam dirinya.Rina lemas.Biarlah Rina sedih. Biarlah Rina sepi. Biarlah Rina sendiri. Biarlah Rina keciwa. Asalkan semua bahagia. Asalkan Amran bahagia dengan hidupnya.
Rina akui amat mengagumi dan menyayangi Amran sepenuh hatinya. Walaupun Amran tidak menyintainya, namun Rina akan terus menyimpan perasaan cintanya terhadap Amran hingga ke akhirnya. Rina mengeluh sendiri. " Di manakah bahagia. Kenapa bahagia menjauhinya?" Semakin didekati semakin bahagia lari dari hidupnya. Inikah penghujung takdirnya? Rina sudah merelakannya. Rina akan terus mengabdikan diri padaNya. Moga Rina akan diberi ketenangan serta kebahagiaan di alam sana. Selamat tinggal dunia. Selamat tinggal semuanya.
Tamat
No comments:
Post a Comment